Dinginnya malam ni sedingin suasana ruang hati aku. Aku mula merindui segala yang pernah hadir dalam hidup aku sebelum ni. Betapa indah yang kurasakan disaat aku memiliki segalanya yang diimpikan setiap insan dalam hidup mereka. Aku memiliki sebuah keluarga yang amat penyayang, yang mana Ayah yang amat penyayang dan sentiasa memberi bimbingan agama yang tak putus, ibu yang sangat tegas tetapi penuh dengan kasih sayang yang sukar difahami oleh anak-anak, kakak yang menyayangi kami seperti menyayangi hidupnya sendiri (ma), adik-beradik yang sering bergaduh tetapi cukup memenuhi ruang hidup aku, juga seorang insan yang pernah mengajar aku erti sebuah Cinta, rindu, sayang dan segalanya. Aku bersyukur di atas segala apa yang pernah Engkau telah kurniakan pada aku Ya Allah. Engkau telah lengkapkan hidupku dengan penuh kasih sayang yang mungkin orang lain tidak pernah merasainya. Walaupun dengan penuh kesederhanaan tapi cukup untuk megembirakan ruangan hidupku. Disaat itu, hati aku tiada ruang kosong yang wujud, setiap incinya penuh terisi dengan kasih sayang keluarga, kawan-kawan yang cukup memahami dan orang yang dikasihi. Tetapi, setelah semuanya ditentukan Allah s.w.t., segalanya kini telah diambil kembali dari sudut hatiku. Hatiku penuh dengan kekosongan yang tak terisi. Aku rindukan bimbingan ayahku, yang tak pernah putus untuk mengajar kami yang benar dengan yang batil, memberi tunjuk ajar dan didikan agama pada kami, yang sentiasa berada disisi kami bila kami memerlukan kekuatan. Aku rindukan suara lantang ibuku yang memarahi aku, tak pernah penat dengan keletah anak-anak yang cukup nakal, yang tak pernah letih untuk membesarkan kami adik-beradik, aku rindukan suara yang berleter memarahi aku, aku rindukan masakannya yang tiada dijual di mana-mana kedai pun di dunia ni. Aku rindukan semua tu. Tapi ku harus redha dengan apa yang telah tersurat, setiap apa yang hidup pasti akan pergi mengadap Illahi dan setiap apa yang pernah dipinjamkan pasti akan dikembalikan pada Tuannya. Masih terngiang ditelingaku, ayahku menasihatiku supaya memperbanyakkan amalan supaya pada suatu ketika nanti, kami akan bersatu di Syurga yang hakiki, InsyaAllah. Masih lagi terngiang-ngiang ditelingaku pekikan suara ibuku yang sering memarahi kami yang nakal, yang tidak mendengar kata-katanya. Tapi benarlah kata orang, “bila hilang sesuatu yang beharga dalam hidup kita yang sebelum ini kita tak pernah terfikirkan, disaat itulah terasa dan terbeban dengan segala kekesalan yang membelenggu jiwa kita.” Apabila memandang diri ini berbanding dengan orang sekeliling, terasa amat kerdilnya diriku, terpinggir keseorangan tanpa kehadiran insan yang sudi mengisi ruang kekosongan hatiku. Pabila terpandang wajah-wajah ceria kawan-kawan disamping keluarga mereka, aku terasa amat sepi, cemburuinya kerana tidak memilikinya, sunyi dan seketika aku mula alpa, dan mula bertanya-tanya, kenapa belum tiba saat itu untuk aku rasakan? Adakah sudah terlambat untukku? Setelah segalanya pergi? Segalanya telah tercipta untukku. Cepat atau lambat sesuatu itu, kita perlulah bersabar tetapi hati seorang insan yang lemah seperti aku, kekadang hilang juga kesabaran dalam diri ini. Ada seorang temanku datang padaku dan mengatakan padaku, “sesungguhnya dirimu amat kuat wahai sahabat dalam dirimu mengharungi segala perkara suka duka yang hadir dalam hidupmu, dengan penuh kesabaran dan semangat yang gigih.” Gigihkah aku? Masih banyak rasa kosong dalam ruangan hidupku yang aku tutupi dengan selimut kepura-puraan. Didalangi dengan gelak tawa yang dibuat-buat bagi megembirakan orang sekelilingku. Aku tak mengharapkan sesuatu perkara yang lebih untuk terbit dalam hidup aku. Aku Cuma ingin memenuhi ruang sekelilingku dengan kasih sayangku, kejujuran dan keikhlasanku serta megembirakan dan menghargai setiap detik aku bersama mereka semua. Hinakah aku disisi mereka semua? Siapakah aku untuk mereka? Pentingkah aku untuk mereka sedangkan mereka langsung tidak rasa sedikit kekurangan pun jika aku tiada. Mereka telah memiliki kebahagiaan mereka. Kekadang, terbit suatu perasaan dalam hatiku ini ingin menjauhi dari semua, tidak ingin untukku sakiti hati orang-orang sekeliling yang aku kasihi, tak ingin untukku guris hati mereka tetapi aku ini hambaNya yang lemah, yang masih juga melakukan kesilapan tanpa disedari. Segala perkara yang pernah hadir dalam hidup aku, aku redha denganNya. Walaupun kekadang sukar untuk diterima hatiku ini, ku pasrah padaNya dan akanku selalu berdoa agar Dia memberikan aku kekuatan agar aku masih kuat untuk mengharungi segala perit kehidupan aku. Dulu, segala perkara aku kongsikan bersama keluargaku, teman-temanku, tapi kini tiada lagi. Semua kepahitan yang pernah wujud dalam kamus hidup aku akan ku telan sendirian. Aku lebih senang dengan cara yang begini, lebih mudah, walaupun segalanya aku telan dengan perit, tapi aku tahu, Dia sentiasa bersamaku. Hilang semua dari pandangan hidupku. Mungkin pada mata kasar aku masih lagi mempunyai ramai kawan-kawan disekelilingku tapi ironinya aku sendirian. Seperti lirik dalam sebuah lagu yang pernah aku dengar, “....ku jalan sendiri tiada tempat untuk menanti...kusangkakan hujan tapi taufan datang melanda...ku mencari tanpa pegangan dan tersungkur diketepian...ku mencari bayangmu tiada...dilangit biru, dilautan api...kau dilanda semakin jauh..hujung dunia kita berjumpa....” Pelbagai perkara yang telah kutempuh, saat aku kehilangan kedua ibu bapaku, aku kehilangan buah hati yang amat aku cintai, teman yang dipercayai..segalanya datang dan lenyap dalam sekelip mata. Aku difitnah, dinodai kesetiaan, dipandang hina dan segala-galanya yang mungkin tak sanggup untukku tempuh dan teramat berat aku kehilangan segalanya dalam serentak. Aku mula jatuh, jatuh dan jatuh. Hilang segala semangat yang sering berkobar-kobar dan membara dalam hidupku. Aku hilang segala-galanya...Lumpuh seketika badanku untuk menampung segala beban yang tak tertanggung dibahuku. Kemana arah yang aku harus tuju? Dimana teman-teman yang setia disampingku? Dimana semuanya? Pandangan serong setiap manusia pada aku...aku menangis..merintih padaMu...mampukah untukku tanggung semua ini Ya Allah? Beratnya dugaan yang Engkau berikan kepadaku ini sehinggakan tak tertanggung rasanya. Semakin hari diriku semakin teruk, hidup tanpa arah tujuan, tanpa arah, tanpa matlamat hidup..Semuanya hanyut bersama-sama kehilangan yang besar dalam hidupku. Tiada lagi sesiapa disamping untuk aku meluahkan bicara hatiku, tiada lagi sesiapa yang sanggup dan sudi untuk mendengar keluhan rasaku..Kini semua telah pergi menjauh dari ruangan hidupku. Tapi aku bersyukur Ya Allah kerana aku masih lagi dapat mengecapi nikmat kurniaanMu yang paling besar..IMAN. Dan Engkau sering mendengar rintihan kesedihan hidupku ini. Alhamdulillah Ya Allah. Tiada sesiapa yang dapat memahami apa yang aku rasai. Walaupun orang berkata itu dan ini, tapi mereka tidak pernah merasakan apa yang kurasakan... Aku rasakan, tiada sesiapapun dikalangan mereka yang sudi merasakan apa perit jerih yang ku tanggung selama ini. Takkan pernah dapat memahami. Usahlah mengucapkan sesuatu perkara yang mungkin membuatkan hatiku bertambah parah. Luka dihati ini tiada siapa yang mampu ubati dan tiada siapa yang mampu menanggungnya. Akukah orang-orang yang terpilih olehMu untuk dugaan yang maha hebat ini? Aku harap aku cukup kuat untuk semua ini. Amin...Amin...Amin..orang disekeliling mungkin mengatakan yang aku ni mengeluh dan sering mengeluh?? Aku bukan mengeluh tetapi meluahkan rasa yang terbuku untuk dikongsi bersama tetapi segala-galanya disalahertikan. Dek kerana itulah, aku kini lebih selesa untuk berdiam diri dan meneruskan hidupku tanpa aku menceritakannya pada sesiapa kerana tiada siapapun lagi yang sudi dengan luahan rasa diriku. Siapalah aku untuk semua itu. Hanya Dia sahaja yang Setia menyayangi dan mendengar luahan hatiku ini. Aku tiada apa-apa lagi. Biarlah segala derita ini ku telan dengan hati yang gembira, tanpa sesiapa pun yang perlu berada disisi untuk setia mendengarinya. Aku bahagia begini kini. Biarlah apa yang orang luahkan, mengutukku, menghinaku, memandang serong padaku, kerana mereka tidak memahami apa yang kurasakan. Aku hanya mampu tersenyum untuk mereka, kata-kata mereka, Ku maafkan semuanya. Kerana sememangnya mereka tidak memahaminya. dan tak perlulah untuk memahaminya kerana setiap apa yang datang pdku ku anggap sebagai penghapus segala dosa-dosaku..Amin...Apapun, terima kasih di atas segalanya. (*,)